Thursday 2 February 2012

Genap 5 tahun.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

Pejam celik,pejam celik . . .dah masuk lima tahun kejadian tu berlaku dalam hidup aku.Aku hampir2 berputus asa selepas terlibat dalam kejadian tu.Masa tu,aku muda lagi,kiranya . . .masa remaja aku tak seindah kawan2 yang lain.Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berumur 15 tahun,and kemalangan tu dah mengubah hidup aku.Tapi,alhamdulillah,aku masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus hidup di muka buminya ini.Kecederaan yang aku hadapi agak teruk sehinggakan doktor pernah sahkan yang aku mungkin tak boleh berjalan lagi masa tu.Hancur luluh hati aku,bayangkan masa tu aku baru 15 tahun,banyak lagi yang aku nak buat,tapi tak kesampaian.Sudah suratan takdir.Aisy,tapi alhamdulillah,berkat tidak berputus asa dan sokongan serta kasih sayang  yang ditunjukkan oleh parents aku,aku berjaya melalui keadaan yang macam tu dengan hati yang redha.Sekarang alhamdulillah,aku dah boleh berjalan semula,cuma belum boleh melakukan aktiviti yang agak lasak,banyak perubahan yang terpaksa aku terima.Kalau dulu,aku aktif,sekarang aku dah slow down.So,agak bosan la,bila tak boleh aktif macam dulu2.huhu

Sejak kemalangan tu,aku fobia dengan kenderaan,tak kira la,motor ke,kereta ke,lagi2 bus or lori yang besar2 kedabak tu.Seyes aku cakap,hampir 2 tahun aku tak sentuh motor,kalau naik kereta pun,boleh bilang dengan ibu jari kaki la berapa kali aku naik.Sebab,aku masih terbayang2kan kejadian hari tu.Tapi,bila dah makin besar nie,aku dah mula berani sikit la,nak sentuh semua tu balik,tu pun sebab family aku nak aku lupakan kejadian tu and mulakan hidup baru.So,alhamdulillah la,sekarang nie,aku dah boleh buang fobia aku terhadap benda2 tu..huhuhuhu

Pengalaman terpaksa stay kat hospital selama 3 minggu selepas kemalangan(lepas tu,terpaksa stay kat hospital lagi bila nak buat pembedahan untuk kali ke 2 and ke 3,aisy . . memang bosan betul stay kat sana==')then terpaksa makan ubat and disuntik dengan antibiotik memang menyeksakan.Setiap 3 jam,4 jarum kena .  . . .so,dalam sehari tu,berapa banyak jarum pun aku dah tak tahu la..sampaikan dah lali dengannya..sakitnya hanya allah yang tahu.Then terpaksa melakukan pembedahan sebanyak 3 kali dalam masa 1 tahun setengah and menghadiri sesi fisioterapi selama 1 tahun lebih selepas pembedahan supaya aku boleh berjalan semula,memang menyeksakan.Tapi,alhamdulillah,sekurang2nya aku masih hidup dan boleh berjalan semula berkat ilmu perubatan yang dipelajari oleh doktor2 tu,diorang dah berjaya menyelamatkan aku dan masa depan aku..Thanks doktor syed and doktor lain yang aku sendiri pun dah lupa nama diorang :)

Thanks for reading :)

No comments: