Wednesday 25 January 2012

He was a greedy man.

Assalamualaikum w.b.t
----------------------------

Pukul 3.40 pagi,aku still tak boleh tidur so,aku online facebook la apa lagi.Then,dia IM aku,kononnya nak suruh aku tidur sebab dah lewat.Entah apa2,nak tunjuk yang dia tu care pasal aku,padahal dah hancurkan hati aku tak ade pulak nak fikir.Hurmm..Boleh pulak dia kata yang dia lepaskan aku atas sebab aku nak sambung belajar.Kononnya dia nak aku fokuskan pada study dulu.Hurmm..menangis aku bila dia cakap macam tu.Senang jer kan dia luahkan kata2 macam tu,aku dah cakap dari mula2 lagi,kalau nak main2 jangan ganggu aku,sebab aku tak suka hubungan yang singkat,coz bagi aku,aku pentingkan kesetiaan dalam perhubungan.Tapi,tak..dia degil sangat nak test market dengan aku.Kononnya bangga la,orang lain tak boleh dapat aku dengan mudah,dia pulak,kejap jer dapat aku.Aku terima dia sebab aku ingat dia ikhlas,tapi tak sangka pulak yang dia nie tamak!

Boleh pulak dia bagi syarat kat aku yang dia nak aku send pic kat dia 6 bulan sekali,then minta aku supaya tak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki lepas kami putus.What??????????Apasal la aku boleh jatuh hati dengan orang setamak dia?Kalau aku boleh undurkan masa,aku tak nak kenal dia langsung.Umm...dia dah hancurkan hati aku,sampaikan dah tak boleh nak bagi hati nie kat mana2 lelaki dah.Sebab aku takut hal yang sama akan berulang.Hurmm . . . .

Thanks for reading :)

Sunday 22 January 2012

Scandal Part II.

Assalamualaikum w.b.t
----------------------------

Fuhh,tepat pukul 4.30 pagi,Syafri pulak lamar aku.Aisy,pening kepala bila fikirkan hal nie.Lagipun,bukan dia tak tahu yang aku masih lagi ada krisis dengan X-BF aku,dah tuh Haniff pulak.Nie tambah lagi seorang nak masuk dalam hidup aku??WTH??Actually,syafri nie muda setahun dari aku.Aku anggap dia macam adik ajer,tapi dia cakap dia dah jatuh cinta pulak dengan aku,just sebab aku nie sempoi bila layan chatting dengan dia.Hurmm...memang minta perang dunia ke-3 la budak nie.Aisy . . . pening2..-,-

Oh yea,hari nie,entah macam mana aku boleh pergi bagi num phone aku dekat salah seorang member tagged aku.Aisy,hairan jugak aku.Sebelum2 nie,kalau ada orang minta,aku tak bagi ha..bila kat dia pulak senang jer aku bagi.Kenapa erk??Mungkin sebab aku rasa senang nak bergaul dengan dia kot.Btw,kalau nak tahu nama dia Zafar,cara dia dengan aku berbeza dengan lelaki2 lain.Maybe sebab tu aku selesa berkawan dengan dia.Tak gatal n miang,okey la tu kan?hehe . . .sempoi jer..sekepala ha..senang cerita.:)

Thanks for reading :)

Thursday 12 January 2012

Scandal.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

Sejak2 hubungan aku dingin dengan dia,aku dah tak boleh nak tidur malam.Sampaikan aku punya kesihatan dah terganggu.Mungkin bunyi macam orang bodoh,tapi tu la hakikatnya bila dah terlalu sayangkan seseorang tu.Walaupun orang tu tak layak untuk dapat kasih sayang dari kita setelah dia mengkhianati diri kita,tapi kita still mengharapkan dia.Dan tu la yang berlaku dalam hidup aku sekarang!Hati ini rasa sakit sangat bila dapat tahu yang perasaan yang selama nie ditunjukkan oleh dia hanyalah mainan semata2.Ummm...pagi nie,walaupun aku tak tidur langsung semalam,aku still lagi keluar rumah coz nak temankan bff aku,Aien pergi library,walaupun semangat nak pergi tu tak ada langsung,kiranya tahap 000000.000%,tapi aku still jugak pergi sebab taknak bff aku tu kecik hati nanti.Seyes cakap,aku memang mengantuk giler ha,silap2 hari bulan aku boleh tertidur atas motor-,-.

Aku hairan betul la,entah macam mana,Aien nie boleh pulak tahu yang aku ada scandal dengan Haniff.Dia asyik duk bahan aku jer dalam library hari nie.Bukan main lagi dia usik aku.Aisy,memang tak boleh nak sembunyi apa2 la dari dia nie.Adess..=='..Urmm,Haniff???Entah..aku jujur cakap,aku tak ada pun perasaan kat dia,aku just nak berkawan jer,tapi dia nie pulak nak melebih2,disebabkan aku frust,so aku pun layan la mamat nie.Aku tahu,apa yang aku buat tu salah,tapi . . .aku bosan and sakit hati dengan kaum adam,kiranya aku berkawan dengan dia nie just sebab nak balas dendam dekat BF aku ajer.Kejam jugak aku rupanya.Aisy..-.

Thanks for reading :)

Monday 9 January 2012

Broken hearts.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

Hari nie,aku dengan member2 dah plan nak pergi sekolah coz nak ambil result koko kitorang.So,agak awal la aku bangun hari nie.Setelah lama bercuti,baru hari nie,kitorang berenam dapat bertemu balik.Memang best la dapat jumpa dengan geng2 time form 6 last year.At least terubat jugak la rindu dengan diorang berlima,Aien,Shud,Nurul,Ika and Farah.Memang rancak la kitorang berbual,lagi2 bila Aien yang jadi bahan disebabkan cara dia dressed up hari nie dah macam sales girl nak jual buku.Hahaha...Memang happening giler la aku pagi nie.

Tapi,tu la..aku tak sangka yang gelak tawa pagi tadi boleh membuatkan aku menangis sampai ke pagi,petang tu.Sejujurnya,aku tak sangka yang orang yang selama nie aku sayang sepenuh hati,boleh pulak dia curang dengan aku.Mahu tak terbakar hati nie.Seyes aku cakap,dia memang tak guna la.Aisy,yang aku geram tu,pandai buat tapi tak pandai nak settelkan.What the hell sungguh la dia nie.No wonder la ramai member2 aku tanya aku pasal status aku dalam facebook dengan dia.Disebabkan dia,ramai pulak yang nak masuk jarum,nak goda aku.Amende la,ingat apa,aku punya perasaan macam orang salin baju ke?Cess..!!grr...Disebabkan geram yang amat,aku bungkus habis barang2 yang dia hadiahkan termasuk cincin,then BAKAR~Huh . . .Patut la 2 3 menjak nie dia dah banyak berubah,rupanya dah main kayu tiga.Urmm...

Thanks for reading :)

Friday 6 January 2012

Just got a phone call.


Pukul 2.30 pagi,tertibe ajer phone bunyi..rupanya dia yang call.Even,aku mengantuk sangat time tu,aku still angkat jugak phone call dari dia sebab tak nak dia berkecil hati nanti.Dalam mood ngantuk tahap gaban tu,aku layan jer celoteh dia,even tak lawak mana dia punya jokes,aku still jugak gelak 2 harkat..kang nangis golek2 pulak kalau aku tak kasi respon.-,-haha.Btw,dia baru balik dari belajar agama..(okeyh,aku pun hairan meh,belajar agama sampai pukul 2.30 pagi?-,-emm...nak tanya kang dia emo,so..better diam jela)Dia cakap yang dia nak fokus kepada bidang agama sebab aku cakap aku nak kan someone yang boleh bimbing aku nanti bila dah berkahwin,so..dia pun apa lagi terus la pergi belajar agama.Emm,bagus jugak la,sebab dia nak belajar.

Petang tadi,aku  dapat text dari bestie aku,Aien,dia cakap dia rindukan aku.Macam2 dia ngadu dekat aku pasal tempat kerja dia.Katanya banyak sangat kerja dia nak kena buat.Kesian pulak la aku kat dia.Aisy,apa-apa pun,sabar jer la.Janji rezeki yang dapat tu,rezeki yang halal.:)

Thanks for reading :)

Wednesday 4 January 2012

Kerja Ohh Kerja


Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

Dah masuk 4 hari aku still tak ade kerja.Perhh..bosan meh,stay kat rumah ajer.Member2 aku pulak dah senyap sunyi dah pergi kerja.Masing2 dah busy sangat ha,sampaikan dah tak contact aku.Erk,nie yang buat aku nak touching dengan diorang semua nie.Arhh..grrr..huhuhuhu...Bila plak la aku nak boleh pergi kerje nie?Adess...=='

Pagi tadi dia call aku,but lepas jer aku angkat phone terus dia letak!What the f**k?Okay,seyes cakap,dia memang dah berubah.Amenda la,stakat call then letak bila orang cakap.Baik tak payah call langsung,jimat credit ha!-,- lalalalala~

Thanks for reading :)

Sunday 1 January 2012

He has changed.

Assalamualaikum w.b.t
--------------------------------

Aku tak faham betul dengan dia nie.What's wrong with him?lately,dia nie dah banyak berubah.Aisy,aku yang banyak fikir or what?Entah.Hanya tu yang mampu aku ucap disaat nie.Seyes cakap,dia nie dah tak macam orang yang aku kenal dulu.Dia dah berubah.Maybe sebab kitorang berdua jarang berjumpa like others couple,so dia dah tawar hati la dengan aku.urm..entah,malas nak fikir sangat.Aisy.-,-

Thanks for reading :)