Thursday 24 January 2013

BBM Punya Pasal.(Ini Semua Poyo)

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------



Setelah seminggu cuti semester,akhirnya baru aku berkesempatan nak update blog aku nie.Al-kisahnya busy nak qho'zo tidur sebab masa study ritu selalu tak cukup tidur..*okay,ini semua poyo*Sejak-II start cuti nie,sumpah rindu sangat dengan roomate-II aku.Aisy,apa khabar la diorang tu kan..adakah makin debab atau makin slim macam slim river?hahaha . . .

Mula-II aku malas beno nak update blog nie sebab tak ada story nak kongsi.Rasa macam tak ada motif sangat nak biarkan jari jemari aku yang comel-II nie menari-II gaya agogo sambil menekan punat-II keypad laptop nie.Tapi,disebabakan mak aku tegur yang jari aku makin debab,so aku cadang nak biarkan "diorang" nie bersenam kurangkan lemak sikit pagi-II buta nie dengan menari-II lentok gaya ballet sambil memaksa otak aku berfikir 360 darjah untuk mencari idea untuk menyedapkan dan melazatkan aku punya story kali nie.*okay,ini semua poyo*

Al-kisahnya,baru-II nie aku ada publishkan aku punya BBM pin kat salah satu laman sosial yang agak so-sial ha.Mula-II aku ingat xde orang teringin nak add...tapi makin hari makin banyak lak.Aku plak jenis main accept jer...sebab aku tak kisah pasal nak berkawan-II nie..yela pepatah melayu pun ada mengatakan yang "BERKAWAN BIAR SERIBU,BERKASIH BIAR SATU".Tapi yang tak best-nya,MasyaAllah...lepas jer aku trima,tiap-II hari asyik nak BBM jer . . .macam aku dah tak ada kerja lain nak buat  ha...so,last2 aku buat dek jer...bukan nak menyombong...tapi kalau hari-II BBM tu dah mengalahkan orang bercinta ha.


Tapi kan,ada sorang laki nie,memang tak pernah putus asa ha,walaupun aku tak balas,still duk hantar jugak..Perhhh,tahan kental betul dia.Disebabkan aku free malam nie,so aku pun layan la kejap.
Perbualan kitorang start dengan....

Dia : watpe tuuww
aku : tgk tv
Dia : tv pe?
aku : tv plasma samsung
Dia : okey,cite pe?
aku : xtahu sbb sy tgk tv jer bukan pasang pun.-,-
Dia : err..okey dia kenakan kita..emmm..xngntuk k?
aku : sbb xngntuk la sy tgk tv.
Dia : owh,owite2..so mkn pe td?
aku : mkn mee kuah banjir...
Dia : mee rebus??
aku : x..mee kuah..d'masak sekali,xde rebus2 da.
Dia :ow,tu org mana punya resepi?
aku :org utara punya  resepi.
Dia : mak masak k?
aku : xla..beli lua.
Dia : ini semua poyo.!!

HAHAHA...Sah2 dia dah hangin tu sebab tu cakap aku poyo.padahal aku dah cakap sehabis benar doh time tuh..==' Nampaknya kesabaran dia telah sampai kemuncak la tu.aisy,kesian.Al-kisahnya ber-BBM nie kadang-II menyeronokkan and kadang-II merimas kan.Lagi-II sekarang nie tengah menggila pasal whatsapp   la and sewaktu dengannya,sampaikan aku rasa lebih baik guna public phone dari guna phone hok canggih manggih nie.-.-.Sekian aku merepek untuk pagi nie.Motif nak update blog jer~


P/s : Hari nie genaplah setahun aku kenal dengan dia. :) auummm~





Thanks for reading :)

Tuesday 15 January 2013

Dead Silence

Assalamualaikum w.b.t
--------------------------------------


Al-kisahnya malam nie plan nak keluar dinner kat luar lagi.Tapi,di-cancel-kan last-II minutes sebabnya nak save bajet.hahaha..semua pakat kederr dekat-II hujung semester nie.So,ber-dinner la aku dengan rumate-II aku malam nie dengan menu high class iaitu maggie rendam dengan air panas dan sebotol air mineral.Memang mewah kitorang punya dinner malam nie.hohohoh..

Tengah-II dinner,tertiba phone aku bunyi..ada message masuk.Bila baca message,rupanya member aku Shud ajak keluar makan kat luar malam nie dekat area C-Mart.Katanya nak belanja,sempena dia balik cuti dari UUM..tapi sayang seribu kali sayang weyh,message sampai pun dah pukul 10..macam mana nak keluar??sebab pukul 11 malam dah kena ada dalam kolej dah.Sebak plus sentap weyh sebab melepas makan besar malam nie.huhuhuhu..Terpaksa la sambung makan maggie sampai habis.huhuhu




Dah nama pun dinner kan,so lepas dinner mesti la nak tengok wayang...disebabkan kitorang dalam kolej,jadi kitorang buat panggung wayang sendiri beramai-ramai.hahaha..sambil layan dinner mewah kitorang tu,sempat jugak la layan cerita dead silence nie ha...Walaupun cerita nie dah lama tapi aku belum pernah tengok lagi.Mula-II memang tak faham satu apa pun bila tengok cerita nie,and lepas cerita nie habis pun aku masih tak faham-II akan jalan ceritanya.So,kesimpulannya,aku tak faham cerita nie.hahahhaa...Tapi memang best la..sebab cute jer hero-nye...hahaha...


P/S : ADA CERITA HANTU YANG BEST TAK??BAGI LA CADANGAN,BOLEH LA AKU USHA2 TENGOK NANTI.hihihi



Thanks for reading :)

Saturday 12 January 2013

Angin Malam.

Assalamualaikum w.b.t
-------------------------------------





Lama jugak la yea tak update blog nie.Al-kisahnya sibuk dengan study la kan..sebab tu tak sempat nak update story baru.


Petang semalam lepas jer habis paper MGT 420,semua budak-II kolej sibuk pakat kemas habis kain baju diorang sebab nak hantar barang-II diorang ke rumah sewa masing-II.Aku yang pada mulanya malas nak mengemas barang-II pun ter-jangkit ikut mengemas sekali barang-II aku.Padahal rumah dekat jer dengan tempat belajar nie.Bukan apa,teruja nak balik rumah la katakan.

Malam pulak,disebabkan semua rumate aku nak keluar makan aku pun ikut join sekali la.Padahal,mula-II tu aku la orang hok malas sekali nak ikut,tapi disebabkan takut tinggal sorang-II dalam bilik nie lepas dimomok-kan dengan cerita hantu,nak tak nak baik aku ikut diorang.haha

Niat hati tu nak makan dalam area uitm jer,tapi disebabkan hujung minggu,ramai pulak student nak makan kat cafe dalam uitm nie ha.Disebabkan takut tak sempat makan,kitorang call la teksi,keluar makan kat luar.Al-kisahnya la,dapat pulak pak cik teksi hok gatal tu weyh,aisy . . .sabo jela..siap ajak pergi karox bagai dia ha.Memang tak nak ar jawabnya.Sabooo jela.=='


NOTA GENIT: Tinggal lagi 2 paper deh,pah nie bole la balik rumah.HOME SWEET HOME! haha
P/S : Update blog jer~ winkwink



Thanks for reading :)

Wednesday 2 January 2013

Awan gelap dan Nota Genit

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------



Gelap sungguh malam nie.Rasa-II macam nak hujan jer kat sini,udara pun bukan main dingin lagi..sedingin hatiku di kolej nie.hihi..Aisy,sedih betul,kejap jer dapat balik rumah ha.Dah terpaksa balik sini balik :'( huawww...Tak sabar nak habiskan final exam ini.huhu...Lepas nie,boleh la duduk lama-II sikit kat rumah.*blinkblink* -,-

Mood nak final masih slow,tak tahu la bila nak berkobar-II.Aisy,sepatutnya dah tertonggeng-II dah aku study time cenggini.Tapi entah apasal,mood study tak datang-II lagi neh.Dah la,lagi sehari jer nak final,boleh pulak duk relax layan facebook,twitter blog and sewaktu dengannya.Macam mana nak dapat dekan?aisy . . .tak nak aku jadi macam mat jenin yang suka berangan-II tu yang akhirnya habuk pun taraaa

Ohh mood study,dimanakah kau berada?meh la cepat-II sikit,kekasih gelap aku ( MGT 417 a.k.a information systems)dan scandal-II(economic,management,account,and law ) aku dah tak sabar nak dating dengan aku nie.Gara-II kau hilang "mood",terbantut aku nak date dengan diorang.-.-

Nota Super Duper Gedix : Tertiba jer mood aku datang bila tengok muka ketat roomate aku yang tengah study kaw-II kat sebelah nie.:) osseeemmmm!!!



Thanks for reading :)