Saturday 30 March 2013

Jaga-jaga ada yang memerhati.







Baru-baru nie,lepas jer aku habis class,sementara menunggu bus,aku memanfaatkan masa terluang aku tu dengan memerhati gelagat pelajar-pelajar lain yang sedang lalu lalang dihadapan aku kat tempat menunggu bus uitm.Kadang-kadang sampai aku tergelak sensorang lepas memerhati gelagat mereka semua nie,sehinggakan mendatangkan kehairanan bagi pelajar lain..mungkin disangkanya aku nie budak tak betul barangkali.Jadi mereka semua hanya mampu menggelengkan kepala ke arah aku.Ahh,apa aku peduli?aku cuma meluahkan apa yang aku rasa..Macam mana aku tak tergelak besar,penampilannya tip top,memiliki raut wajah yang kacak,rambutnya pula dipacak-pacakkan mengikut gaya terkini ala-ala kpop gitu,tapi sayangnya terlupa nak zipkan seluarnya tapi aku salut dengan dia...sebabnya dia kelihatan sungguh yakin dan sambil mendabik dada dia berjalan ke kelas..aku hanya mampu tersenyum sambil menundukkan kepala ke lantai sambil menahan ketawa...hahahaha..sekian ,the end.



memang tak dapat dinafikan lagi,manusia sememangnya menyukai sesuatu yang cantik..yang mana cantik itu sebenarnya bersifat universal.Mungkin kerana kecantikkan luaran ataupun kecantikkan dalaman yang hakiki yang menyebabkan seseorang itu disukai ramai..ya,mungkin itu alasannya,siapa tahu?..



Thanks for reading :)

Someday . . . .

Assalamualaikum w.b.t
-----------------------------


p/s : you are my sunshine on a rainy day..whenever you are having a bad day, remember this:
I LOVE YOU

Thanks for reading :)

Saturday 23 March 2013

Treasure Hunt

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------


p/s : letih supo gini ha..lentok gitu tido-nye XD


Hari nie kitorang semua ada aktiviti kat UITM . . .Sangat meletihkan...balik rumah sewa jer lepas mandi and solat terus terlentang atas sofa tido tak ingat dunia..Kitorang memang kena kaw-II hari nie masa aktiviti tadi berlangsung..memang best even ada beberapa aktiviti yang aku tak boleh nak join sebab masalah kesihatan.Memang niat nak try ar panjat tembok 6 kaki,kayak dalam air then merangkak bawah dawai duri pastu kena simbah plak dengan air kolam kan . . .hahaha . .. .tapi apakan daya . . .rini aku selamat dari semua tu..hahaha

Kusangkakan panas hingga ke petang,tapi hujan ditengah hari . ..gila weyh,diorang paksa aku pegang belut !! Penekanan sebanyak kuasa 3... BELUT !! BELUT !! BELUT !!

 Euwww . . .mana boleh tahan . .ketaq habis habaq hang,siap berlakunya drama swasta tadi . . .diorang boleh pulak gelak . .cesss . . .seumur hidup tak pernah pegang apatah lagi makan . . .alih-II hari nie kena pegang pulak . . .euwww . . .terasa lagi kat tapak tangan nie macam mana lembiknye belut tu . . .huhuhu..setakat nie jer yang aku nak story morry-kan . . .sekian terima kasih.-,-



Thanks for reading :)

Friday 1 March 2013

Semester Baru Dah Tiba Laaaa.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------





Finally,semester baru dah tiba..so,aku dah nak kena gerak balik ke UITM untuk sambung pengajian aku kat sana.Disebabkan aku tak apply college,it's mean yang aku terpaksa menyewa la untuk semester kali nie.Alhamdulillah,aku dah dapat rumah sewa,even pada mulanya rumah tu sepatutnya aku dengan classmates aku yang duduk..tapi entah apasal pulak bebudak tu pergi apply college..maka tinggallah aku sensorang kat rumah sewa.Perhh . .gila ke hape aku nak stay sensorang kat rumah sewa tu . . memang idak la jawabnya . .nasib baik la,bekas roomates aku dulu Dya and the geng nak masuk stay sekali..So,tak ada la aku sensorang kat sana.Akhirnya,aku dengan Dya sambung contract kitorang dari roomates menjadi housemates..HAHA . . .

Kiranya malam nie malam last aku tidur kat rumah ha..Ala,tak nak balik U la . .tak puas lagi cuti-II Malaysia kat rumah aku nie.Sob sob sob . . .Nanti,habis la kurus kering kat U sebab makan tak terjaga..terasa macam nak bawa mak aku jer pergi stay sekali kat rumah sewa..boleh la makan masakkan mak selalu..ate idok la kurus keringnye nanti..HARHARHAR . . .Sedih betul la . . .*mohon tisu sekotak* huarghhh



Tapi aku tengok adik aku yang kecik nie happy gila bila aku nak balik U . . .sebab tak ada la orang nak buli dia lagi . .nak seksa-II dia lagi..nak marah-II dia lagi bila aku tak ada kat rumah.Seronok sakan la dia nanti sebab Mak Abah manjakan dia ha bila aku tak ada kat rumah.*Siap la kau bila aku balik rumah nanti*kejelesan melanda dengan adik kucing miow miow !!,Sekian Entry untuk petang yang panas nie.

p/s: starting 1st day of March with perang?ish2 . . hope that semua yang tinggal kat Malaysia nie terutamanya di Lahad datu khas nye dalam keadaan selamat...Ameen....




Thanks for reading :)

Tuesday 26 February 2013

awak pandai masak tak ??

Assalamualaikum w.b.t
-------------------------



P/S : Dah lama tak update blog nie . . .nak menjengah nengok blog pun tak sempat.Al-kisahnya sibuk sangat.Sibuk dengan kerja apa pun aku tak tahu . .haha mungkin sebab aku tak ada idea nak merepek kot.hoho . . .

Ehem..ehem...tak ada angin tak ada ribut tertiba...malam nie tertiba encik apple tanya pandai masak apa ?? motif ??jeng jeng jeng . . .dengan muka tak bersalah dan slumbernya serta penuh keyakinan . . .aku jawab aku pandai masak air selama 15 tahun and tak pernah hangit..hahaha  . .dia boleh pulak gelakkan aku...-.- oh tidak . . .biarkan jer...jeless lettuwww kannnnnnnn...

Hakikatnya,aku cuma pandai masak ayam masak merah,sup,sayur campur dengan yang sewaktu dengannya jer . . .yang senang-II jer..so kalau nak yang luar biasa order jer dari luar . . hahaha . . .bukan pemalas cuma kejar masa jer . . .masa itu emas...hahaha


Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari . . .lencun habis habaq hang ..
Tertiba dia boleh pulak cakap yang dia suka makan kek batik !!! kain batik aku tahu la . . .kek batik nie alamak memang fail la jawabnya . . .acaner nak buat pun aku tak tahu *mula la gabra miow-II*. . .aisy . . .punya la banyak makanan dalam dunia nie . . .tak payah sembang pasal dunia la . .dalam Malaysia nie pun banyak jugak . .apasal kek batik jugak yang jadi pilihan dia ?? ohh ini sangat sadis . . . jenuh meng-google aku pagi-II buta nie cari resepi kek batik . . .aisy . .nasib baik senang jer resepinye . .dipaksanya aku suh belajar atas alasan aku yang bakal jaga makan minum dia nanti...wait,what?berbunga-II..haha.sekian entry malam nie.




Thanks for reading :)

Thursday 14 February 2013

Percutian yang pertama kalinya bersama teman2 baik :D

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------


Nampaknya dah lama aku tak update blog aku nie since start cuti semester hari tu.Sorry la tak sempat nak blogwalking singgah blog-II kawan-II yang comel2 blako tuh . . .a lil bit busy sampaikan tak sempat nak update.Actually,aku baru jer balik bercuti dari langkawi dengan member-II sekolah aku masa form 6.This is the first time bagi kitorang berempat pergi bercuti tanpa parents masing-II.Perrhhh,i know that kitorang semua dah 21 years old,but . .this is the first time beb ! kitorang berjauhan daripada parents kitorang.Selalunya,kalau nak pergi bercuti . . .masing-II pakat pergi dengan family la . .sebab save bajet takmo keluarkan duit sendiri la katakan..but,kali nie . .kitorang dengan beraninya minta permission dari parents masing-II untuk pergi bercuti.Mula-II tu memang parents masing-II tak nak kasi la..by the way,kitorang yang nak pergi tu semuanya perempuan and tak ada boys...yang boleh diharapkan untuk protect kitorang if something that bad was happens.Tu pasal la,mula-II parents kitorang agak keberatan . .tapi selepas dipujuk . .alhamdulillah . . .kitorang dibenarkan pergi and know what?? ayah-II kitorang pulak yang risau lebih sebab kali pertama nak lepaskan anak gadis masing-II pergi bercuti.HAHAHA . . Macam mana pun,syukur alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar.Perjalanan kitorang even banyak halangan and dugaan..antaranya

  1. ditahan oleh polis  and nasib baik tak masuk lokap
  2. then kereta meragam tengah jalan sampai kan orang putih pun ketawakan kitorang . 
  3. dah tu kitorang hon-kan satu pasangan mat saleh n minah saleh yang terputus beg sandangnye dari atas motor . .hahaha
  4. member aku boleh pulak tertinggal i/c aiyoo
  5. park kereta kat zon tunda . . and macam-II lagi la yang agak sensitif untuk dinyatakan hahaha

memang lucu la . . semua tu akan jadi kenangan yang terindah buat aku and member-II aku..and apa pun alhamdulillah kitorang selamat pergi and selamat balik. :) wink wink . . .know what?sampai sekarang pun aku still rindukan bayu laut kat sana...nyaman gila doh . . malam-II keluar main gitar tepi pantai sambil layan bayu laut perhh memang asyik la . .Oh yea . . .tulis jer tak guna . . .nah aku letak sekali dengan gambo-II ha . . .kang kata tipu plak . . .,tapi cit put la gambo-nyo sebab hok lain private . . .hahaaha~


Pic nie pic masa kitorang mula-II nak cari jalan untuk pergi ke hotel yang kitorang dah book tu. . .paling menyedihkan . . .gps kitorang entah apa-II last,kitorang just gunakan signboard untuk kesana.-.- huh~

Hanya mampu makan hok nie kat sana sebab cepat dan cepat . . .tak payah tunggu lama-II -.- sampai naik muak deh . . . .


Tempat lepak kitorang masa kat sana....ala-II minah saleh gitu bersantai-II sambil usha-II mat saleh hok encem-II gitu . .hahaha



Ketiga-II pic kat atas nie adalah view kat tempat kitorang stay . . .kat sini tak ramai sangat orang...sebab kawasan yang private sikit kot . .so,air dia wow . .bole tahan la . . bestt woooo . . . :D



Cantik tak??ha . . .apa ke nama tempat nie tah . .lupa dah aku . . .aisy . . anyway,view dia boleh tahan cantik ..:D



 Nah,pic supermodel langkawi island . . .mahal deh gambo nim ha . . .hahaha . . .  walaupun panas,still jugak nak main kat pantai . . .last-II semua hitam legam  . . .padan muka . .hohoho =..=




 Note : next time nok pergi perak pulak . . .cuti-II malaysia la katakan . . nok pusing satu malaysia,insyaAllah.Amin :D Sekian entry malam nie . . .ter-omputih 2 3 saat harap maaf yea . . HAHA..



Thanks for reading :)

Thursday 24 January 2013

BBM Punya Pasal.(Ini Semua Poyo)

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------



Setelah seminggu cuti semester,akhirnya baru aku berkesempatan nak update blog aku nie.Al-kisahnya busy nak qho'zo tidur sebab masa study ritu selalu tak cukup tidur..*okay,ini semua poyo*Sejak-II start cuti nie,sumpah rindu sangat dengan roomate-II aku.Aisy,apa khabar la diorang tu kan..adakah makin debab atau makin slim macam slim river?hahaha . . .

Mula-II aku malas beno nak update blog nie sebab tak ada story nak kongsi.Rasa macam tak ada motif sangat nak biarkan jari jemari aku yang comel-II nie menari-II gaya agogo sambil menekan punat-II keypad laptop nie.Tapi,disebabakan mak aku tegur yang jari aku makin debab,so aku cadang nak biarkan "diorang" nie bersenam kurangkan lemak sikit pagi-II buta nie dengan menari-II lentok gaya ballet sambil memaksa otak aku berfikir 360 darjah untuk mencari idea untuk menyedapkan dan melazatkan aku punya story kali nie.*okay,ini semua poyo*

Al-kisahnya,baru-II nie aku ada publishkan aku punya BBM pin kat salah satu laman sosial yang agak so-sial ha.Mula-II aku ingat xde orang teringin nak add...tapi makin hari makin banyak lak.Aku plak jenis main accept jer...sebab aku tak kisah pasal nak berkawan-II nie..yela pepatah melayu pun ada mengatakan yang "BERKAWAN BIAR SERIBU,BERKASIH BIAR SATU".Tapi yang tak best-nya,MasyaAllah...lepas jer aku trima,tiap-II hari asyik nak BBM jer . . .macam aku dah tak ada kerja lain nak buat  ha...so,last2 aku buat dek jer...bukan nak menyombong...tapi kalau hari-II BBM tu dah mengalahkan orang bercinta ha.


Tapi kan,ada sorang laki nie,memang tak pernah putus asa ha,walaupun aku tak balas,still duk hantar jugak..Perhhh,tahan kental betul dia.Disebabkan aku free malam nie,so aku pun layan la kejap.
Perbualan kitorang start dengan....

Dia : watpe tuuww
aku : tgk tv
Dia : tv pe?
aku : tv plasma samsung
Dia : okey,cite pe?
aku : xtahu sbb sy tgk tv jer bukan pasang pun.-,-
Dia : err..okey dia kenakan kita..emmm..xngntuk k?
aku : sbb xngntuk la sy tgk tv.
Dia : owh,owite2..so mkn pe td?
aku : mkn mee kuah banjir...
Dia : mee rebus??
aku : x..mee kuah..d'masak sekali,xde rebus2 da.
Dia :ow,tu org mana punya resepi?
aku :org utara punya  resepi.
Dia : mak masak k?
aku : xla..beli lua.
Dia : ini semua poyo.!!

HAHAHA...Sah2 dia dah hangin tu sebab tu cakap aku poyo.padahal aku dah cakap sehabis benar doh time tuh..==' Nampaknya kesabaran dia telah sampai kemuncak la tu.aisy,kesian.Al-kisahnya ber-BBM nie kadang-II menyeronokkan and kadang-II merimas kan.Lagi-II sekarang nie tengah menggila pasal whatsapp   la and sewaktu dengannya,sampaikan aku rasa lebih baik guna public phone dari guna phone hok canggih manggih nie.-.-.Sekian aku merepek untuk pagi nie.Motif nak update blog jer~


P/s : Hari nie genaplah setahun aku kenal dengan dia. :) auummm~





Thanks for reading :)

Tuesday 15 January 2013

Dead Silence

Assalamualaikum w.b.t
--------------------------------------


Al-kisahnya malam nie plan nak keluar dinner kat luar lagi.Tapi,di-cancel-kan last-II minutes sebabnya nak save bajet.hahaha..semua pakat kederr dekat-II hujung semester nie.So,ber-dinner la aku dengan rumate-II aku malam nie dengan menu high class iaitu maggie rendam dengan air panas dan sebotol air mineral.Memang mewah kitorang punya dinner malam nie.hohohoh..

Tengah-II dinner,tertiba phone aku bunyi..ada message masuk.Bila baca message,rupanya member aku Shud ajak keluar makan kat luar malam nie dekat area C-Mart.Katanya nak belanja,sempena dia balik cuti dari UUM..tapi sayang seribu kali sayang weyh,message sampai pun dah pukul 10..macam mana nak keluar??sebab pukul 11 malam dah kena ada dalam kolej dah.Sebak plus sentap weyh sebab melepas makan besar malam nie.huhuhuhu..Terpaksa la sambung makan maggie sampai habis.huhuhu




Dah nama pun dinner kan,so lepas dinner mesti la nak tengok wayang...disebabkan kitorang dalam kolej,jadi kitorang buat panggung wayang sendiri beramai-ramai.hahaha..sambil layan dinner mewah kitorang tu,sempat jugak la layan cerita dead silence nie ha...Walaupun cerita nie dah lama tapi aku belum pernah tengok lagi.Mula-II memang tak faham satu apa pun bila tengok cerita nie,and lepas cerita nie habis pun aku masih tak faham-II akan jalan ceritanya.So,kesimpulannya,aku tak faham cerita nie.hahahhaa...Tapi memang best la..sebab cute jer hero-nye...hahaha...


P/S : ADA CERITA HANTU YANG BEST TAK??BAGI LA CADANGAN,BOLEH LA AKU USHA2 TENGOK NANTI.hihihi



Thanks for reading :)

Saturday 12 January 2013

Angin Malam.

Assalamualaikum w.b.t
-------------------------------------





Lama jugak la yea tak update blog nie.Al-kisahnya sibuk dengan study la kan..sebab tu tak sempat nak update story baru.


Petang semalam lepas jer habis paper MGT 420,semua budak-II kolej sibuk pakat kemas habis kain baju diorang sebab nak hantar barang-II diorang ke rumah sewa masing-II.Aku yang pada mulanya malas nak mengemas barang-II pun ter-jangkit ikut mengemas sekali barang-II aku.Padahal rumah dekat jer dengan tempat belajar nie.Bukan apa,teruja nak balik rumah la katakan.

Malam pulak,disebabkan semua rumate aku nak keluar makan aku pun ikut join sekali la.Padahal,mula-II tu aku la orang hok malas sekali nak ikut,tapi disebabkan takut tinggal sorang-II dalam bilik nie lepas dimomok-kan dengan cerita hantu,nak tak nak baik aku ikut diorang.haha

Niat hati tu nak makan dalam area uitm jer,tapi disebabkan hujung minggu,ramai pulak student nak makan kat cafe dalam uitm nie ha.Disebabkan takut tak sempat makan,kitorang call la teksi,keluar makan kat luar.Al-kisahnya la,dapat pulak pak cik teksi hok gatal tu weyh,aisy . . .sabo jela..siap ajak pergi karox bagai dia ha.Memang tak nak ar jawabnya.Sabooo jela.=='


NOTA GENIT: Tinggal lagi 2 paper deh,pah nie bole la balik rumah.HOME SWEET HOME! haha
P/S : Update blog jer~ winkwink



Thanks for reading :)

Wednesday 2 January 2013

Awan gelap dan Nota Genit

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------



Gelap sungguh malam nie.Rasa-II macam nak hujan jer kat sini,udara pun bukan main dingin lagi..sedingin hatiku di kolej nie.hihi..Aisy,sedih betul,kejap jer dapat balik rumah ha.Dah terpaksa balik sini balik :'( huawww...Tak sabar nak habiskan final exam ini.huhu...Lepas nie,boleh la duduk lama-II sikit kat rumah.*blinkblink* -,-

Mood nak final masih slow,tak tahu la bila nak berkobar-II.Aisy,sepatutnya dah tertonggeng-II dah aku study time cenggini.Tapi entah apasal,mood study tak datang-II lagi neh.Dah la,lagi sehari jer nak final,boleh pulak duk relax layan facebook,twitter blog and sewaktu dengannya.Macam mana nak dapat dekan?aisy . . .tak nak aku jadi macam mat jenin yang suka berangan-II tu yang akhirnya habuk pun taraaa

Ohh mood study,dimanakah kau berada?meh la cepat-II sikit,kekasih gelap aku ( MGT 417 a.k.a information systems)dan scandal-II(economic,management,account,and law ) aku dah tak sabar nak dating dengan aku nie.Gara-II kau hilang "mood",terbantut aku nak date dengan diorang.-.-

Nota Super Duper Gedix : Tertiba jer mood aku datang bila tengok muka ketat roomate aku yang tengah study kaw-II kat sebelah nie.:) osseeemmmm!!!



Thanks for reading :)