Wednesday 29 February 2012

Tahun Lompat!



 Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

4 tahun sekali baru la muncul angka 29 dalam kelendar bagi bulan Februari.Dan tahun nie merupakan tahun lompat.Actually,aku tak sangka yang tahun nie,rupa2nya...baru dia ada kesempatan untuk sambut birthday dia,sebabnya dia lahir pada tarikh 29 Februari 1992.Nama diberi dalam sijil surat beranak  Mohammad Faiz,yang mana merupakan sahabat kepada akak sepupu aku,Sis L.Diorang kenal semasa praktikal dekat JAIP.Budak nie belajar dalam bidang perundangan,so..kira hebat jugak la dia nie.Nak dijadikan cerita,Sis L bagitahu yang teruk jugak la dia kena main masa birthday dia,diorang siap plan baik punya.Hahaha..kelakar jugak la keadaan tu.Aku pulak just wish dekat facebook jer,sebab bukan kenal rapat sangat pun dengan dia nie.Cuma kadang2 jer IM dengan dia.Dia nie sengal2 ubi kayu ha,siap minta NKP kat aku masa IM,ala2 macam polis gitu.HAHAHA..macam2 la dia tu..kira okay la,sebab sekepala,geng sengal2 ubi kayu.-,-hewhewhew...

Motif aku tulis story pasal dia dalam blog aku sebab aku nak update blog jer,and tak tahu nak tulis apa-,-.HAHAHA

Thanks for reading :)

Sunday 19 February 2012

Birthday boy.

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------

Tepat pukul 12 aku dah ready dengan phone aku.Sebabnya,hari nie birthday epal merah!Tak sangka pulak yang aku orang pertama yang wish birthday dekat dia.Hope,betul la apa yang dia kata.Hehe . .  .Aku tak sangka pulak,dia akan jadi orang pertama dalam tahun nie yang aku wish birthday.:)Petang pulak,dia call aku,happy kot dapat call dari dia.Hehe . . .Lagi happy bila dia cakap aku orang pertama yang dia call time birthday dia.Tapi kalau dia kelentong aku pun,aku tak kisah...sebab tu hak dia,siapalah aku nie kan.Hohoho. . .Aku suka dengar suara dia,ala2 romantik gitu,hahaha . . .kalau dia tahu nie,mesti kembang semamgkuk dia ha.Haha..Paling tak tahan,dia punya permintaan masa birthday dia.Dia nak aku nyanyi lagu birthday..Aisy,malu giler kot . ..seumur hidup,seyes aku cakap,aku tak pernah nyanyi lagu birthday kat orang lelaki,termasuklah x-BF aku..unless my dad la..hehehe . . .Tapi,disebabkan dia nak sangat,so aku nyanyi la,tapi yang tak syoknye,dia boleh pulak gelakkan aku-,- grrr . . .dia cakap suara kartun suara aku nie.Adess .  .dia tu suka sangat ha buli aku,tapi tu la . . .walau macam mana pun,aku suka berkawan dengan dia.Hidup aku tak sunyi sangat dengan ada dia.hahahaha

To incik Zafaruddin,HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAR,
May allah always bless you and simplified everything in your daily life.:)


Thanks for reading :)

Thursday 2 February 2012

Genap 5 tahun.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

Pejam celik,pejam celik . . .dah masuk lima tahun kejadian tu berlaku dalam hidup aku.Aku hampir2 berputus asa selepas terlibat dalam kejadian tu.Masa tu,aku muda lagi,kiranya . . .masa remaja aku tak seindah kawan2 yang lain.Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berumur 15 tahun,and kemalangan tu dah mengubah hidup aku.Tapi,alhamdulillah,aku masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus hidup di muka buminya ini.Kecederaan yang aku hadapi agak teruk sehinggakan doktor pernah sahkan yang aku mungkin tak boleh berjalan lagi masa tu.Hancur luluh hati aku,bayangkan masa tu aku baru 15 tahun,banyak lagi yang aku nak buat,tapi tak kesampaian.Sudah suratan takdir.Aisy,tapi alhamdulillah,berkat tidak berputus asa dan sokongan serta kasih sayang  yang ditunjukkan oleh parents aku,aku berjaya melalui keadaan yang macam tu dengan hati yang redha.Sekarang alhamdulillah,aku dah boleh berjalan semula,cuma belum boleh melakukan aktiviti yang agak lasak,banyak perubahan yang terpaksa aku terima.Kalau dulu,aku aktif,sekarang aku dah slow down.So,agak bosan la,bila tak boleh aktif macam dulu2.huhu

Sejak kemalangan tu,aku fobia dengan kenderaan,tak kira la,motor ke,kereta ke,lagi2 bus or lori yang besar2 kedabak tu.Seyes aku cakap,hampir 2 tahun aku tak sentuh motor,kalau naik kereta pun,boleh bilang dengan ibu jari kaki la berapa kali aku naik.Sebab,aku masih terbayang2kan kejadian hari tu.Tapi,bila dah makin besar nie,aku dah mula berani sikit la,nak sentuh semua tu balik,tu pun sebab family aku nak aku lupakan kejadian tu and mulakan hidup baru.So,alhamdulillah la,sekarang nie,aku dah boleh buang fobia aku terhadap benda2 tu..huhuhuhu

Pengalaman terpaksa stay kat hospital selama 3 minggu selepas kemalangan(lepas tu,terpaksa stay kat hospital lagi bila nak buat pembedahan untuk kali ke 2 and ke 3,aisy . . memang bosan betul stay kat sana==')then terpaksa makan ubat and disuntik dengan antibiotik memang menyeksakan.Setiap 3 jam,4 jarum kena .  . . .so,dalam sehari tu,berapa banyak jarum pun aku dah tak tahu la..sampaikan dah lali dengannya..sakitnya hanya allah yang tahu.Then terpaksa melakukan pembedahan sebanyak 3 kali dalam masa 1 tahun setengah and menghadiri sesi fisioterapi selama 1 tahun lebih selepas pembedahan supaya aku boleh berjalan semula,memang menyeksakan.Tapi,alhamdulillah,sekurang2nya aku masih hidup dan boleh berjalan semula berkat ilmu perubatan yang dipelajari oleh doktor2 tu,diorang dah berjaya menyelamatkan aku dan masa depan aku..Thanks doktor syed and doktor lain yang aku sendiri pun dah lupa nama diorang :)

Thanks for reading :)