Showing posts with label the memories. Show all posts
Showing posts with label the memories. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Treasure Hunt

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------


p/s : letih supo gini ha..lentok gitu tido-nye XD


Hari nie kitorang semua ada aktiviti kat UITM . . .Sangat meletihkan...balik rumah sewa jer lepas mandi and solat terus terlentang atas sofa tido tak ingat dunia..Kitorang memang kena kaw-II hari nie masa aktiviti tadi berlangsung..memang best even ada beberapa aktiviti yang aku tak boleh nak join sebab masalah kesihatan.Memang niat nak try ar panjat tembok 6 kaki,kayak dalam air then merangkak bawah dawai duri pastu kena simbah plak dengan air kolam kan . . .hahaha . .. .tapi apakan daya . . .rini aku selamat dari semua tu..hahaha

Kusangkakan panas hingga ke petang,tapi hujan ditengah hari . ..gila weyh,diorang paksa aku pegang belut !! Penekanan sebanyak kuasa 3... BELUT !! BELUT !! BELUT !!

 Euwww . . .mana boleh tahan . .ketaq habis habaq hang,siap berlakunya drama swasta tadi . . .diorang boleh pulak gelak . .cesss . . .seumur hidup tak pernah pegang apatah lagi makan . . .alih-II hari nie kena pegang pulak . . .euwww . . .terasa lagi kat tapak tangan nie macam mana lembiknye belut tu . . .huhuhu..setakat nie jer yang aku nak story morry-kan . . .sekian terima kasih.-,-



Thanks for reading :)

Thursday, 14 February 2013

Percutian yang pertama kalinya bersama teman2 baik :D

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------


Nampaknya dah lama aku tak update blog aku nie since start cuti semester hari tu.Sorry la tak sempat nak blogwalking singgah blog-II kawan-II yang comel2 blako tuh . . .a lil bit busy sampaikan tak sempat nak update.Actually,aku baru jer balik bercuti dari langkawi dengan member-II sekolah aku masa form 6.This is the first time bagi kitorang berempat pergi bercuti tanpa parents masing-II.Perrhhh,i know that kitorang semua dah 21 years old,but . .this is the first time beb ! kitorang berjauhan daripada parents kitorang.Selalunya,kalau nak pergi bercuti . . .masing-II pakat pergi dengan family la . .sebab save bajet takmo keluarkan duit sendiri la katakan..but,kali nie . .kitorang dengan beraninya minta permission dari parents masing-II untuk pergi bercuti.Mula-II tu memang parents masing-II tak nak kasi la..by the way,kitorang yang nak pergi tu semuanya perempuan and tak ada boys...yang boleh diharapkan untuk protect kitorang if something that bad was happens.Tu pasal la,mula-II parents kitorang agak keberatan . .tapi selepas dipujuk . .alhamdulillah . . .kitorang dibenarkan pergi and know what?? ayah-II kitorang pulak yang risau lebih sebab kali pertama nak lepaskan anak gadis masing-II pergi bercuti.HAHAHA . . Macam mana pun,syukur alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar.Perjalanan kitorang even banyak halangan and dugaan..antaranya

  1. ditahan oleh polis  and nasib baik tak masuk lokap
  2. then kereta meragam tengah jalan sampai kan orang putih pun ketawakan kitorang . 
  3. dah tu kitorang hon-kan satu pasangan mat saleh n minah saleh yang terputus beg sandangnye dari atas motor . .hahaha
  4. member aku boleh pulak tertinggal i/c aiyoo
  5. park kereta kat zon tunda . . and macam-II lagi la yang agak sensitif untuk dinyatakan hahaha

memang lucu la . . semua tu akan jadi kenangan yang terindah buat aku and member-II aku..and apa pun alhamdulillah kitorang selamat pergi and selamat balik. :) wink wink . . .know what?sampai sekarang pun aku still rindukan bayu laut kat sana...nyaman gila doh . . malam-II keluar main gitar tepi pantai sambil layan bayu laut perhh memang asyik la . .Oh yea . . .tulis jer tak guna . . .nah aku letak sekali dengan gambo-II ha . . .kang kata tipu plak . . .,tapi cit put la gambo-nyo sebab hok lain private . . .hahaaha~


Pic nie pic masa kitorang mula-II nak cari jalan untuk pergi ke hotel yang kitorang dah book tu. . .paling menyedihkan . . .gps kitorang entah apa-II last,kitorang just gunakan signboard untuk kesana.-.- huh~

Hanya mampu makan hok nie kat sana sebab cepat dan cepat . . .tak payah tunggu lama-II -.- sampai naik muak deh . . . .


Tempat lepak kitorang masa kat sana....ala-II minah saleh gitu bersantai-II sambil usha-II mat saleh hok encem-II gitu . .hahaha



Ketiga-II pic kat atas nie adalah view kat tempat kitorang stay . . .kat sini tak ramai sangat orang...sebab kawasan yang private sikit kot . .so,air dia wow . .bole tahan la . . bestt woooo . . . :D



Cantik tak??ha . . .apa ke nama tempat nie tah . .lupa dah aku . . .aisy . . anyway,view dia boleh tahan cantik ..:D



 Nah,pic supermodel langkawi island . . .mahal deh gambo nim ha . . .hahaha . . .  walaupun panas,still jugak nak main kat pantai . . .last-II semua hitam legam  . . .padan muka . .hohoho =..=




 Note : next time nok pergi perak pulak . . .cuti-II malaysia la katakan . . nok pusing satu malaysia,insyaAllah.Amin :D Sekian entry malam nie . . .ter-omputih 2 3 saat harap maaf yea . . HAHA..



Thanks for reading :)

Monday, 31 December 2012

Awan menangis menjelang Tahun Baru 2013


Assalamualaikum w.b.t
--------------------------



Disebabkan tak tidur semalaman semalam gara-II study sampai ke pagi,aku dengan roomate bantai tidur petang tadi memang kaw2 punya,lebih-II lagi dengan keadaan cuaca yang sejuk ya amat dek kerana awan menangis.Memang tak nak turun dari katil la petang tadi jawabnye,asyik nak tarik selimut jer.Kiranya burn la kitorang punya time tuk study tadi petang.=.=' huhuhu . . .sejuk semacam la pulak tadi petang kat araustralia (arau,perlis) nie tadi sampai ke tulang sejuknye.Nak cakap salji turun,idak la jugak,sebab krismas pun dah lepas ha.hihihi

Mungkin hujan rahmat sebab tepat pukul 12 nantikan dah nak masuk tahun baru.So,azam tahu baru mesti la ada.Tapi biarlah rahsia sebabnya andai diberitahu takut tidak terlaksana nanti.hihi . . .

By the way,bila di imbas kembali apa yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 nie,semuanya meninggalkan kesan yang mendalam buat diri aku ha.Kisah suka,duka sepanjang tahun 2012 nie memang akan dijadikan sebagai pengajaran and panduan dalam menjalani kehidupan yang akan datang . . .yang penuh dengan teka-teki tuh.So,tepat pukul 12 nanti,buka buku baru yea semua :) or kalau nak guna buku lama jugak pun takpe,cuma jangan lupa selak muka surat baru yea . .hahaha

Nota genit : suka sangat dengan "bau" n "udara" selepas hujan lebat..rasa nyaman and tenang.:)



Thanks for reading :)

Monday, 20 August 2012

Raya oh raya


Assalamualaikum w.b.t
---------------------------


 
Raya tahun nie paling meriah bagi aku sebabnya semua sanak saudara berkumpul and buat persiapan raya bersama2...dari yang kecik sampai la yang besar semuanya turun padang bagi menyiapkan persiapan raya bagi tahun nie.Bakar lemang la,rebus ketupat,buat kuih la,semua bersama2.Memang best la..Selalunya tahun2 lepas,semuanya pakat busy memanjang and persiapan pun ala kadar jer,tapi tahun nie alhamdulillah,meriah sangat walaupun raya aidilfitri kali ini disambut dengan secara bersederhana.:)

Paling best bila dapat text dari si dia di pagi raya.hehe . . .sweet gitu.Even jarak antara ktorang berdua jauh,but dia still ingat aku lagi yea.Alhamdulillah...bahagia weyh...lepas dah bermaaf-maafan,sempat lagi kitorang gaduh2 manje..hahaha...memang best la raya kali nie bila ada si dia yang tersayang:).

Ramai jugak la member2 aku datang rumah.Tak terkecuali ex aku.Paling best bila baju aku dengan my ex sama warna,dah macam berjanji la pulak.Mak2 sedara and pak2 sedara aku ingat yang dia tu ada hubungan lagi dengan aku lagi just disebabkan baju kitorang sama warna tahun nie.Aisy,-,-hahahaha..macam2 betul.Apa-apa pun,aku bersyukur ke hadrat ilahi yang aku masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari raya dengan family aku pada tahun nie.Walaupun raya kali nie disambut dengan cara sederhana tapi cukup meriah.Alhamdulillah.:)

*THE END**

Thanks for reading :)

Wednesday, 23 May 2012

Birthday Girl.


Hari nie genaplah umur aku 20 tahun.Alhamdulillah,sebab aku masih lagi diberikan kesempatan oleh allah untuk terus hidup di atas muka buminya ini.Birthday aku kali nie,just sambut simple2 ajer..tak macam tahun2 lepas.Tahun nie,aku just makan dengan member baik aku,Aien dekat gerai tepi laut jer.So,agak simple la.Lepas makan,kitorang berdua lepak jer kat tepi laut sambil tengok budak2 main pasir and matahari terbenam.View masa tu memang cantik la.Kalau bawa kamera mesti dapat snap gambar time matahari nak terbenam.huhuhu...

Sambil2 lepak kat sana,sempat jugak la aku berbual dengan Muhiyddin.Kesian pulak la aku dekat dia,sebab kepala dia terkena besi.Berdarah teruk jugak la dia punya kepala.Nasib baik tak kena mata dia,besi tu.Aisy,benda nak jadi la kan..-,-huhuhu..so,dia pun dah rest and letak ubat dekat kepala dia,hope dia akan okey and cepat sembuh la lepas nie.huhu

Lepak dengan Aien memang the best moments la.Macam2 yang kami bualkan.Dari soal nak sambung study sampailah ke soal hati.Hahaha..macam2 la.Paling aku tak tahan bila,dia terkejut masa tengah rancak berbual dengan aku dekat pantai,disebabkan dia kononnya ternampak BF dia,Rizal lalu dekat area tu dengan motor.Cuak jugak la dia masa tu.Dipendekkan cerita,budak tu bukan BF dia pun,dia tu yang sila tengok orang..hahahaha...keras perut aku gelakkan dia,dia tu selalu jer salah orang.Aisy,macam2 kerenah la kawan aku nie.Tapi apa2 pun,dia la sahabat aku yang terbaik setakat nie :)

Thanks for reading :)

Sunday, 20 May 2012

Remember the day.



Thanks for reading :)

Tuesday, 3 April 2012

Saya suka awak.


Pukul 1 pagi aku bagi tahu dia yang aku suka dia dalam message kat tagged.Hahaha..then dia pulak buat blur jer..adess...malu siot aku..-,-mana nak letak muka entah?kalau boleh,nak lari masuk sembunyi dalam peti sejuk pun ada.hihi..1st time and last time aku guna cara perempuan ayat lelaki.Gara2 nak try guna cara tu,aku malu la kejap 1 bulan dengan dia.HAHAHA...Aku sendiri pun tak tahu apasal la aku boleh cakap macam tu dengan dia-,-Padahal aku nie sebenarnya bukan jenis perempuan gedik,tapi tu la,disebabkan nak try guna cara tu,kan ke dah malu besar aku dibuatnye.Aisy..saba jela.Walaupun bagi dia tu  just hal biasa,bagi aku tak keyh,sebabnya aku jenis old fashion yang mana mengharapkan langkah pertama dari kaum adam terlebih dahulu.lalalalalalal~

Thanks for reading :)

Tuesday, 20 March 2012

Dia berjaya!


Alhamdulillah,dia dapat kerja tu.Dia cakap lepas interview,dia terus dapat kerja tu..so,dia buat keputusan secara drastik untuk terus berhenti kerja dekat tempat lama dia.Even aku tak sure dia dapat kerja as apa,sebab aku lupa la apa yang dia bagitahu..hihihihi..Tapi aku bersyukur sangat yang dia dapat.Dia pun happy sangat,so..aku pun tumpang gembira la untuk dia..:)

Thanks for reading :)

Monday, 19 March 2012

Birthday Girl.

Assalamualaikum w.b.t
----------------------------

Hari nie merupakan brithday cik Aien.Tapi entah macam mana,aku boleh terlupa pulak nak wish.Aku dah set time dah tapi boleh pulak aku lupa,adoiii..masak2.Nah,mengamuk jugak la dia mula2.Aku ingat pun bila dia sendiri yang call aku masa dia keluar dengan Hafiz.hehehe.."Sayang,sorry la,terlupa nak wish..hohoho"Dia cakap kat aku yang dia sambut birthday dengan Hafiz kat Alor Setar.Nah,boleh pulak budak Hafiz nie ponteng class semata2 nak sambut birthday girlfriend dia nie.Aisy,sayang lebih la tuh.Apa-apa2 pun semoga diorang bahagia la.Aku harap yang hubungan diorang berdua berkekalan.As ganti,aku kena keluar dengan dia(Aien) minggu depan untuk sambut birthday dia.Hohohoho . . .

Jeles jugak la aku bila dengar cerita dari Aien yang Hafiz hadiahkan dia roses and teddy besooooooo..hohoho..walaupun aku pun pernah dapat teddy jugak,tapi . ..si dia dulu tu tak romantik la tak macam Hafiz...hewhewhew...mood sengal2 ubi kayu pulak,adesss-,-



Thanks for reading :)

Thursday, 2 February 2012

Genap 5 tahun.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

Pejam celik,pejam celik . . .dah masuk lima tahun kejadian tu berlaku dalam hidup aku.Aku hampir2 berputus asa selepas terlibat dalam kejadian tu.Masa tu,aku muda lagi,kiranya . . .masa remaja aku tak seindah kawan2 yang lain.Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berumur 15 tahun,and kemalangan tu dah mengubah hidup aku.Tapi,alhamdulillah,aku masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus hidup di muka buminya ini.Kecederaan yang aku hadapi agak teruk sehinggakan doktor pernah sahkan yang aku mungkin tak boleh berjalan lagi masa tu.Hancur luluh hati aku,bayangkan masa tu aku baru 15 tahun,banyak lagi yang aku nak buat,tapi tak kesampaian.Sudah suratan takdir.Aisy,tapi alhamdulillah,berkat tidak berputus asa dan sokongan serta kasih sayang  yang ditunjukkan oleh parents aku,aku berjaya melalui keadaan yang macam tu dengan hati yang redha.Sekarang alhamdulillah,aku dah boleh berjalan semula,cuma belum boleh melakukan aktiviti yang agak lasak,banyak perubahan yang terpaksa aku terima.Kalau dulu,aku aktif,sekarang aku dah slow down.So,agak bosan la,bila tak boleh aktif macam dulu2.huhu

Sejak kemalangan tu,aku fobia dengan kenderaan,tak kira la,motor ke,kereta ke,lagi2 bus or lori yang besar2 kedabak tu.Seyes aku cakap,hampir 2 tahun aku tak sentuh motor,kalau naik kereta pun,boleh bilang dengan ibu jari kaki la berapa kali aku naik.Sebab,aku masih terbayang2kan kejadian hari tu.Tapi,bila dah makin besar nie,aku dah mula berani sikit la,nak sentuh semua tu balik,tu pun sebab family aku nak aku lupakan kejadian tu and mulakan hidup baru.So,alhamdulillah la,sekarang nie,aku dah boleh buang fobia aku terhadap benda2 tu..huhuhuhu

Pengalaman terpaksa stay kat hospital selama 3 minggu selepas kemalangan(lepas tu,terpaksa stay kat hospital lagi bila nak buat pembedahan untuk kali ke 2 and ke 3,aisy . . memang bosan betul stay kat sana==')then terpaksa makan ubat and disuntik dengan antibiotik memang menyeksakan.Setiap 3 jam,4 jarum kena .  . . .so,dalam sehari tu,berapa banyak jarum pun aku dah tak tahu la..sampaikan dah lali dengannya..sakitnya hanya allah yang tahu.Then terpaksa melakukan pembedahan sebanyak 3 kali dalam masa 1 tahun setengah and menghadiri sesi fisioterapi selama 1 tahun lebih selepas pembedahan supaya aku boleh berjalan semula,memang menyeksakan.Tapi,alhamdulillah,sekurang2nya aku masih hidup dan boleh berjalan semula berkat ilmu perubatan yang dipelajari oleh doktor2 tu,diorang dah berjaya menyelamatkan aku dan masa depan aku..Thanks doktor syed and doktor lain yang aku sendiri pun dah lupa nama diorang :)

Thanks for reading :)