Showing posts with label the cheeky freaky days.. Show all posts
Showing posts with label the cheeky freaky days.. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Jaga-jaga ada yang memerhati.







Baru-baru nie,lepas jer aku habis class,sementara menunggu bus,aku memanfaatkan masa terluang aku tu dengan memerhati gelagat pelajar-pelajar lain yang sedang lalu lalang dihadapan aku kat tempat menunggu bus uitm.Kadang-kadang sampai aku tergelak sensorang lepas memerhati gelagat mereka semua nie,sehinggakan mendatangkan kehairanan bagi pelajar lain..mungkin disangkanya aku nie budak tak betul barangkali.Jadi mereka semua hanya mampu menggelengkan kepala ke arah aku.Ahh,apa aku peduli?aku cuma meluahkan apa yang aku rasa..Macam mana aku tak tergelak besar,penampilannya tip top,memiliki raut wajah yang kacak,rambutnya pula dipacak-pacakkan mengikut gaya terkini ala-ala kpop gitu,tapi sayangnya terlupa nak zipkan seluarnya tapi aku salut dengan dia...sebabnya dia kelihatan sungguh yakin dan sambil mendabik dada dia berjalan ke kelas..aku hanya mampu tersenyum sambil menundukkan kepala ke lantai sambil menahan ketawa...hahahaha..sekian ,the end.



memang tak dapat dinafikan lagi,manusia sememangnya menyukai sesuatu yang cantik..yang mana cantik itu sebenarnya bersifat universal.Mungkin kerana kecantikkan luaran ataupun kecantikkan dalaman yang hakiki yang menyebabkan seseorang itu disukai ramai..ya,mungkin itu alasannya,siapa tahu?..



Thanks for reading :)

Friday, 1 March 2013

Semester Baru Dah Tiba Laaaa.

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------





Finally,semester baru dah tiba..so,aku dah nak kena gerak balik ke UITM untuk sambung pengajian aku kat sana.Disebabkan aku tak apply college,it's mean yang aku terpaksa menyewa la untuk semester kali nie.Alhamdulillah,aku dah dapat rumah sewa,even pada mulanya rumah tu sepatutnya aku dengan classmates aku yang duduk..tapi entah apasal pulak bebudak tu pergi apply college..maka tinggallah aku sensorang kat rumah sewa.Perhh . .gila ke hape aku nak stay sensorang kat rumah sewa tu . . memang idak la jawabnya . .nasib baik la,bekas roomates aku dulu Dya and the geng nak masuk stay sekali..So,tak ada la aku sensorang kat sana.Akhirnya,aku dengan Dya sambung contract kitorang dari roomates menjadi housemates..HAHA . . .

Kiranya malam nie malam last aku tidur kat rumah ha..Ala,tak nak balik U la . .tak puas lagi cuti-II Malaysia kat rumah aku nie.Sob sob sob . . .Nanti,habis la kurus kering kat U sebab makan tak terjaga..terasa macam nak bawa mak aku jer pergi stay sekali kat rumah sewa..boleh la makan masakkan mak selalu..ate idok la kurus keringnye nanti..HARHARHAR . . .Sedih betul la . . .*mohon tisu sekotak* huarghhh



Tapi aku tengok adik aku yang kecik nie happy gila bila aku nak balik U . . .sebab tak ada la orang nak buli dia lagi . .nak seksa-II dia lagi..nak marah-II dia lagi bila aku tak ada kat rumah.Seronok sakan la dia nanti sebab Mak Abah manjakan dia ha bila aku tak ada kat rumah.*Siap la kau bila aku balik rumah nanti*kejelesan melanda dengan adik kucing miow miow !!,Sekian Entry untuk petang yang panas nie.

p/s: starting 1st day of March with perang?ish2 . . hope that semua yang tinggal kat Malaysia nie terutamanya di Lahad datu khas nye dalam keadaan selamat...Ameen....




Thanks for reading :)

Tuesday, 26 February 2013

awak pandai masak tak ??

Assalamualaikum w.b.t
-------------------------



P/S : Dah lama tak update blog nie . . .nak menjengah nengok blog pun tak sempat.Al-kisahnya sibuk sangat.Sibuk dengan kerja apa pun aku tak tahu . .haha mungkin sebab aku tak ada idea nak merepek kot.hoho . . .

Ehem..ehem...tak ada angin tak ada ribut tertiba...malam nie tertiba encik apple tanya pandai masak apa ?? motif ??jeng jeng jeng . . .dengan muka tak bersalah dan slumbernya serta penuh keyakinan . . .aku jawab aku pandai masak air selama 15 tahun and tak pernah hangit..hahaha  . .dia boleh pulak gelakkan aku...-.- oh tidak . . .biarkan jer...jeless lettuwww kannnnnnnn...

Hakikatnya,aku cuma pandai masak ayam masak merah,sup,sayur campur dengan yang sewaktu dengannya jer . . .yang senang-II jer..so kalau nak yang luar biasa order jer dari luar . . hahaha . . .bukan pemalas cuma kejar masa jer . . .masa itu emas...hahaha


Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari . . .lencun habis habaq hang ..
Tertiba dia boleh pulak cakap yang dia suka makan kek batik !!! kain batik aku tahu la . . .kek batik nie alamak memang fail la jawabnya . . .acaner nak buat pun aku tak tahu *mula la gabra miow-II*. . .aisy . . .punya la banyak makanan dalam dunia nie . . .tak payah sembang pasal dunia la . .dalam Malaysia nie pun banyak jugak . .apasal kek batik jugak yang jadi pilihan dia ?? ohh ini sangat sadis . . . jenuh meng-google aku pagi-II buta nie cari resepi kek batik . . .aisy . .nasib baik senang jer resepinye . .dipaksanya aku suh belajar atas alasan aku yang bakal jaga makan minum dia nanti...wait,what?berbunga-II..haha.sekian entry malam nie.




Thanks for reading :)

Thursday, 24 January 2013

BBM Punya Pasal.(Ini Semua Poyo)

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------



Setelah seminggu cuti semester,akhirnya baru aku berkesempatan nak update blog aku nie.Al-kisahnya busy nak qho'zo tidur sebab masa study ritu selalu tak cukup tidur..*okay,ini semua poyo*Sejak-II start cuti nie,sumpah rindu sangat dengan roomate-II aku.Aisy,apa khabar la diorang tu kan..adakah makin debab atau makin slim macam slim river?hahaha . . .

Mula-II aku malas beno nak update blog nie sebab tak ada story nak kongsi.Rasa macam tak ada motif sangat nak biarkan jari jemari aku yang comel-II nie menari-II gaya agogo sambil menekan punat-II keypad laptop nie.Tapi,disebabakan mak aku tegur yang jari aku makin debab,so aku cadang nak biarkan "diorang" nie bersenam kurangkan lemak sikit pagi-II buta nie dengan menari-II lentok gaya ballet sambil memaksa otak aku berfikir 360 darjah untuk mencari idea untuk menyedapkan dan melazatkan aku punya story kali nie.*okay,ini semua poyo*

Al-kisahnya,baru-II nie aku ada publishkan aku punya BBM pin kat salah satu laman sosial yang agak so-sial ha.Mula-II aku ingat xde orang teringin nak add...tapi makin hari makin banyak lak.Aku plak jenis main accept jer...sebab aku tak kisah pasal nak berkawan-II nie..yela pepatah melayu pun ada mengatakan yang "BERKAWAN BIAR SERIBU,BERKASIH BIAR SATU".Tapi yang tak best-nya,MasyaAllah...lepas jer aku trima,tiap-II hari asyik nak BBM jer . . .macam aku dah tak ada kerja lain nak buat  ha...so,last2 aku buat dek jer...bukan nak menyombong...tapi kalau hari-II BBM tu dah mengalahkan orang bercinta ha.


Tapi kan,ada sorang laki nie,memang tak pernah putus asa ha,walaupun aku tak balas,still duk hantar jugak..Perhhh,tahan kental betul dia.Disebabkan aku free malam nie,so aku pun layan la kejap.
Perbualan kitorang start dengan....

Dia : watpe tuuww
aku : tgk tv
Dia : tv pe?
aku : tv plasma samsung
Dia : okey,cite pe?
aku : xtahu sbb sy tgk tv jer bukan pasang pun.-,-
Dia : err..okey dia kenakan kita..emmm..xngntuk k?
aku : sbb xngntuk la sy tgk tv.
Dia : owh,owite2..so mkn pe td?
aku : mkn mee kuah banjir...
Dia : mee rebus??
aku : x..mee kuah..d'masak sekali,xde rebus2 da.
Dia :ow,tu org mana punya resepi?
aku :org utara punya  resepi.
Dia : mak masak k?
aku : xla..beli lua.
Dia : ini semua poyo.!!

HAHAHA...Sah2 dia dah hangin tu sebab tu cakap aku poyo.padahal aku dah cakap sehabis benar doh time tuh..==' Nampaknya kesabaran dia telah sampai kemuncak la tu.aisy,kesian.Al-kisahnya ber-BBM nie kadang-II menyeronokkan and kadang-II merimas kan.Lagi-II sekarang nie tengah menggila pasal whatsapp   la and sewaktu dengannya,sampaikan aku rasa lebih baik guna public phone dari guna phone hok canggih manggih nie.-.-.Sekian aku merepek untuk pagi nie.Motif nak update blog jer~


P/s : Hari nie genaplah setahun aku kenal dengan dia. :) auummm~





Thanks for reading :)

Tuesday, 15 January 2013

Dead Silence

Assalamualaikum w.b.t
--------------------------------------


Al-kisahnya malam nie plan nak keluar dinner kat luar lagi.Tapi,di-cancel-kan last-II minutes sebabnya nak save bajet.hahaha..semua pakat kederr dekat-II hujung semester nie.So,ber-dinner la aku dengan rumate-II aku malam nie dengan menu high class iaitu maggie rendam dengan air panas dan sebotol air mineral.Memang mewah kitorang punya dinner malam nie.hohohoh..

Tengah-II dinner,tertiba phone aku bunyi..ada message masuk.Bila baca message,rupanya member aku Shud ajak keluar makan kat luar malam nie dekat area C-Mart.Katanya nak belanja,sempena dia balik cuti dari UUM..tapi sayang seribu kali sayang weyh,message sampai pun dah pukul 10..macam mana nak keluar??sebab pukul 11 malam dah kena ada dalam kolej dah.Sebak plus sentap weyh sebab melepas makan besar malam nie.huhuhuhu..Terpaksa la sambung makan maggie sampai habis.huhuhu




Dah nama pun dinner kan,so lepas dinner mesti la nak tengok wayang...disebabkan kitorang dalam kolej,jadi kitorang buat panggung wayang sendiri beramai-ramai.hahaha..sambil layan dinner mewah kitorang tu,sempat jugak la layan cerita dead silence nie ha...Walaupun cerita nie dah lama tapi aku belum pernah tengok lagi.Mula-II memang tak faham satu apa pun bila tengok cerita nie,and lepas cerita nie habis pun aku masih tak faham-II akan jalan ceritanya.So,kesimpulannya,aku tak faham cerita nie.hahahhaa...Tapi memang best la..sebab cute jer hero-nye...hahaha...


P/S : ADA CERITA HANTU YANG BEST TAK??BAGI LA CADANGAN,BOLEH LA AKU USHA2 TENGOK NANTI.hihihi



Thanks for reading :)

Saturday, 12 January 2013

Angin Malam.

Assalamualaikum w.b.t
-------------------------------------





Lama jugak la yea tak update blog nie.Al-kisahnya sibuk dengan study la kan..sebab tu tak sempat nak update story baru.


Petang semalam lepas jer habis paper MGT 420,semua budak-II kolej sibuk pakat kemas habis kain baju diorang sebab nak hantar barang-II diorang ke rumah sewa masing-II.Aku yang pada mulanya malas nak mengemas barang-II pun ter-jangkit ikut mengemas sekali barang-II aku.Padahal rumah dekat jer dengan tempat belajar nie.Bukan apa,teruja nak balik rumah la katakan.

Malam pulak,disebabkan semua rumate aku nak keluar makan aku pun ikut join sekali la.Padahal,mula-II tu aku la orang hok malas sekali nak ikut,tapi disebabkan takut tinggal sorang-II dalam bilik nie lepas dimomok-kan dengan cerita hantu,nak tak nak baik aku ikut diorang.haha

Niat hati tu nak makan dalam area uitm jer,tapi disebabkan hujung minggu,ramai pulak student nak makan kat cafe dalam uitm nie ha.Disebabkan takut tak sempat makan,kitorang call la teksi,keluar makan kat luar.Al-kisahnya la,dapat pulak pak cik teksi hok gatal tu weyh,aisy . . .sabo jela..siap ajak pergi karox bagai dia ha.Memang tak nak ar jawabnya.Sabooo jela.=='


NOTA GENIT: Tinggal lagi 2 paper deh,pah nie bole la balik rumah.HOME SWEET HOME! haha
P/S : Update blog jer~ winkwink



Thanks for reading :)

Wednesday, 2 January 2013

Awan gelap dan Nota Genit

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------



Gelap sungguh malam nie.Rasa-II macam nak hujan jer kat sini,udara pun bukan main dingin lagi..sedingin hatiku di kolej nie.hihi..Aisy,sedih betul,kejap jer dapat balik rumah ha.Dah terpaksa balik sini balik :'( huawww...Tak sabar nak habiskan final exam ini.huhu...Lepas nie,boleh la duduk lama-II sikit kat rumah.*blinkblink* -,-

Mood nak final masih slow,tak tahu la bila nak berkobar-II.Aisy,sepatutnya dah tertonggeng-II dah aku study time cenggini.Tapi entah apasal,mood study tak datang-II lagi neh.Dah la,lagi sehari jer nak final,boleh pulak duk relax layan facebook,twitter blog and sewaktu dengannya.Macam mana nak dapat dekan?aisy . . .tak nak aku jadi macam mat jenin yang suka berangan-II tu yang akhirnya habuk pun taraaa

Ohh mood study,dimanakah kau berada?meh la cepat-II sikit,kekasih gelap aku ( MGT 417 a.k.a information systems)dan scandal-II(economic,management,account,and law ) aku dah tak sabar nak dating dengan aku nie.Gara-II kau hilang "mood",terbantut aku nak date dengan diorang.-.-

Nota Super Duper Gedix : Tertiba jer mood aku datang bila tengok muka ketat roomate aku yang tengah study kaw-II kat sebelah nie.:) osseeemmmm!!!



Thanks for reading :)

Sunday, 30 December 2012

Debaran Kian Terasa.

Assalamualaikum w.b.t
----------------------------



Alhamdulillah,pejam celik,pejam celik . . .akhirnya aku dah 4 bulan belajar kat UITM nie..Sekarang dah nak  masuk fasa final exam la pulak.Ohh terasa bahangnya ha.Untuk semester pertama nie,aku just ambil 5 subjects,5 subjects pun aku rasa dah boleh bunuh aku dah ha kalau tak study betul-II =='Macam mana pun aku hope,aku boleh jawap semua la.InsyaAllah,Amin.

Nak dijadikan cerita,aku punya cuti study week 2 minggu tapi disebabkan roomate aku tak dapat balik,kenalah aku temankan dia,lagipun . .rumah aku dekat jer dengan uitm nie,jadi balik kejap pun dah okay..Tapi tu la,disebabkan aku balik rumah kejap jer,si oyen pulak ha buat hal...dia protes tak nak makan ikan sebab aku balik kejap jer..hihihi

Sepanjang aku habiskan cuti study week kat kolej,aku rasa macam aku ada kat pekan koboi ha..kat sini ibarat macam pekan koboi sebab sunyi ya amat..sampaikan tupai2 pun protes tak nak berjoget-II kat pokok2 depan tingkap bilik aku nie.Sunyinya tu sampai boleh membunuh perasaan aku ha..hohoho..and now aku dah tak ada perasaan dah..so,salah siapa??yang pasti bukan salah tupai sebab tupai pon aku tengok dah kronik dah dia sekarang sebab selalu sangat memekak cruit cruit untuk menghilangkan rasa sunyi kat sini..*betul,tak tipu*hihi



Nota kecil : Dekat- II final exam nie,aku dah start terjebak dengan farmville la pulak -,-


Thanks for reading :)

Tuesday, 30 October 2012

Berhenti Merungut dan Terus Menghafal

Assalamualaikum w.b.t
_______________________________


 

 Terlalu sibuk sampaikan tak ada masa untuk diri sendiri.Memang agak stress jugak la.Mana dengan assignments yang setinggi gunung tu,nie siap nak kena hafal 3 lagu mandarin tuk pertandingan dikir barat mandarin nanti.Adess . . . .agak tertekan jugak la.Kalau dulu,hidup aku nie banyak masa free,sekarang,masa tu macam sekejap jer.Padahal,masih banyak kerja yang belum siap,tapi dah nak kena balik Uitm.Hohoho...


Bila difikirkan balik,kalau aku asyik merungut jer kerjanya..memang sah2 la semua kerja2 aku tu takkan siap2.So,setelah bermuhasabah sejenak...aku rasa better aku stop merungut dan terus menghafal and siapkan semua assingments2 aku tu.Then focus tuk test nanti.Aku harap,semuanya berjalan dengan lancar..dan allah mempermudahkan segala2nya buat aku nanti.Amin :)



Thanks for reading :)

Thursday, 11 October 2012

3 Janji

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------

你好!好久不见,你好吗?:) hehehe~
Wah,dah lama aku tak update blog aku nie sejak2 dah sambung belajar balik.Aisy,sampaikan aku pun dah tak tahu macam mana nak berblog dah.Hahaha..Okay,nampak sangat ke-SENGALAN aku kan??>.<hihi
Okay berbalik kepada tajuk entry aku kali nie,3 JANJI . . .kenapa 3 janji??adakah aku tiru cerita drama melayu kat tv3 tu?teet!tak ada maknanye,3 janji nie berlaku dalam hidup aku sejak aku kenal DIA! . . .orang yang selalu support aku bila aku jatuh teruk dulu nie.Selain,parents aku,dia la yang banyak bagi kata2 semangat kat aku sampaikan aku boleh jatuh sayang kat dia.Hahaha...

Emmm,semua nie ibarat mimpi la,kadang2 tu boleh menyebabkan aku tersenyum sensorang bila diingatkan balik.Even aku tahu yang hubungan nie masih terlalu awal,tapi aku still tak dapat nak menahan diri daripada merindui dirinya..Hahaa..kadang2 geli jugak la bila fikir balik.Entah sejak bila la aku nie boleh ada perasaan macam tu.Lagipun,entah2 aku jer pe yang bertepuk sebelah tangan,sedangkan dia relax jer tak ada apa2 feeling kat aku pun.Hahahaa...Apa pun,perasaan nie masih dapat aku sembunyikan,karang kalau dia tahu,kembang pulak dia nanti~Hahahaha . . .But,kitorang ada buat janji,so . . .aku hope that yang kitorang boleh merealisasikan janji2 tu,sebab aku dah mula jatuh sayang dekat dia!!HAHAHAHA~

Motif : nak update blog ajer -.-

Thanks for reading :)

Friday, 28 September 2012

Terubat rindu

Assalamualaikum w.b.t
---------------------------------

Sebak pulak aku bila on phone dengan my mum.Rindunya dekat mak abah aku kat rumah tu.Sejak berjauhan dengan parents aku,boleh dikatakan aku nie dah makin matang la.Sampaikan dia pun dah perasan yang aku dah berubah.Kalau dulu aku agak manja tersangat2...now,walaupun aku still manja2 tapi aku dah tak macam dulu,yang tak tahu nak buat pape sebab semuanya diuruskan oleh parents aku.

Sekarang nie,bila dah berdikari,sedikit sebanyak aku dah mula belajar cara2 nak mendisiplinkan diri aku nie.Even kat sini aku punya time tidur agak terganggu,tapi its okay la sebabnya nie cuma permulaan jer..masih banyak yang perlu aku korbankan supaya aku boleh berdiri sama tinggi dengan classmates aku yang lain.Jiwa agak kacau la pada minggu pertama & kedua.Sebabnya,agak susah nak survive kat sini pada mulanya,tapi lama2 rasa tu dah jadi sebaliknya.Ibarat satu motivasi buat diri aku supaya terus berusaha mencapai cita2 dengan jalan yang aku pilih.Aku harap aku takkan tersilap langkah lagi selepas ini.InsyaAllah.Amin :)

Thanks for reading :)

Monday, 28 May 2012

Sahabat Baru.

 Assalamualaikum w.b.t
-----------------------------

Pukul 2.30 pagi,phone aku tertiba berbunyi,rupanya Wan Islah yang call aku.So,aku pun angkat la.Perhh,suara dia,boleh tahan and most importance dia tak ada la pulak nak kutuk2 suara aku macam kartun-,-HAHA..well,i don't care.Lama jugak la kami berdua berborak start dari minat sampai la ke band yang kitorang minat,By the way,dia pun siap menyanyi lagi kat aku lagu ciptaan dia "Aku rindu padamu"Seyez cakap,boleh cair aku.Tapi nasib baik la aku kuat iman.Hahaha..Lepas borak,baru aku dapat tahu yang dia tak pernah bercinta langsung.Kiranya masih suci and tak ternoda dengan perasaan cinta manusia la dia nie.Hehe..Tak sangka pulak aku boleh jumpa dengan orang yang macam dia.Memang susah nak percaya yang lelaki macam dia tak pernah ada kekasih hati.Aisy,pelik betul-,-

Kitorang boleh jadi kawan pun sebab aku tengok dia macam ikhlas nak berkawan dengan aku.Tapi,kalau dia tak ikhlas sekalipun tu urusan dia dengan Allah.Yang penting aku ikhlas dalam setiap persahabaan yang terjalin antara aku dengan sahabat2 aku.:)

Thanks for reading :)

Thursday, 24 May 2012

Jealousy.


Kacau jugak la,aku ter-approve GF zafar.Aisy,so annoy la dia tu.Soal selidik aku macam polis dengan pencuri.Seyesly aku hairan betul la,apasal la dia nak syak yang bukan2 dekat aku erk?Dah kalau diorang berjodoh berdua,buat pe nak takut aku rampas segala bagai la.Entah ape2 ajer.Aisy . . . -.-malas aku nak melayan.Zafar dari awal2 dah kasi warning kat aku jangan approve,tapi aku pulak boleh lupa yang dia ada add aku masa aku approving semua friends request tadi.Aisy . . .pening2 -,-

Thanks for reading :)

Thursday, 3 May 2012

Text.

Assalamualaikum w.b.t
--------------------------

Tertiba sis L text aku ajak borak.Dia ajak borak pasal someone.Sis L storry morry ke aku pasal si Faiz,kawan dia.Ehem2,motif??-,-hahaha..Tertibe sis L bagitahu yang diorang baru lepas text berdua.And diorang cakap pasal aku?erkk...wth?Okeyh,aku still cool,coz peduli apa aku..hohoho..Rupanya,si Faiz nie gossip mossip pasal IM aku dengan dia masa bulan 1 hari tu.Seyez aku cakap,aku memang dah lupa apa yang kami bualkan,lepas sis L bagi tahu baru la aku ingat balik.Aisy,pak cik . . .kau ingat lagi ek?sengal betul la kau nie-,-hahahha..APTB~

AKU RINDU DIA!dah lama jugak la kitorang tak text..hohohohoh..mana la perginye epal merah aku nie ek?:'(

Thanks for reading :)

Sunday, 29 April 2012

Spend time with my sis.

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------

Seyesly,tak sangka pulak yang aku borak punya borak,last2 sampai pukul 1 lebih aku kat rumah kazen aku.Biasa la bila girl meet girl mesti la nak bergossipkan,so . . .gossip punya gossip,sedar2 dah lewat . .Nasib baik my mum and my dad tak bising bila aku balik rumah.hohoho...Lagipun,bukan apa..sis L baru jer cuti sem,so..nie la masanya nak luangkan masa bersama2.Dah lama kami berdua tak luangkan masa bersama sejak2 dia busy study and aku busy dengan exam.So,bila dah berjumpa nie,macam2 la yang nak diceritakan.hihihi..
Cerita tentang apa???shhh .. biarlah rahsia..hahaha :)


Thanks for reading :)

Tuesday, 10 April 2012

Pantai.

Assalamualaikum w.b.t
-------------------------

Hari nie,aku langsung tak tidur sebab online semalaman.Even lepas solat subuh pun aku masih tak boleh nak tidur.Then,dalam pukul 8.30 pulak Aien call ajak keluar pergi library.Fuhh,even mengantuk sangat,aku still jugak nak keluar.Dalam perjalanan nak ke library kitorang berdua sempat la singgah kejap dekat sekolah coz nak ambil majalah sekolah.On the way nak balik rumah,kitorang singgah kejap dekat kedai jual air kelapa,fuhhh . . .rasanya manis sangat,sedap siot la rasa air kelapa pandan tu..lepas beli,kitorang tak terus balik sebab teringin nak ke pantai la pulak,yela dah ada air kelapa,mesti la lepak kat tepi pantai dulu baru boleh balik.haha...Aisy,lama jugak la lepak kat pantai tu.Nak dijadikan cerita,time tu..kami berdua jer ada kat sana.hahhaha....siap tangkap gambar la,orang pakat tengok,kami buat slumber sek jer...bila mood sengal2 ubi kayu datang macam tu la jadinya~

Thanks for reading :)

Monday, 26 March 2012

Hang Out.

Assalamualaikum w.b.t
----------------------------

Hari nie,kitorang berempat keluar ke kangar dengan alasan nak cari kerja la sangat ha,padahal nak jenjalan je lebih.Puas kitorang jenjalan dalam pekan kangar tu sampaikan naik sakit kaki aku sebab aku pakai high heels.Ah,memang leceh betul la nak berjalan.huhuhu..Diorang bertiga slumber jer jalan sebab pakai selipar jepun,kot ea pun nak pakai selipar jepun jer,bagi tahu la aku sama..asiy.-,-So,alang2 dah keluar nie,apa lagi..shopping sakan la kitorang berempat.Bila tiba time makan plak,kitorang pilih kedai makan kat area the stor,alahai..even bukan hari minggu,tapi budak2 sekolah ramai bebenor ha..naik sesak-,-Paling spoil bila makanannye tak sedap langsung,bukan nak mengata or kutuk..tapi fact nie beb!Member aku nak kutuk makanan tak sedap boleh pulak dia cakap bahasa thai,aisy..macam2 betul...hahaha...Moments paling best bila time nak balik and kitorang stop dekat kedai kek,coz Aien nak beli kek,know what?boleh pulak dia minta lilin sebanyak 20 batang dekat adik dalam kedai kek tu bila dia tahu yang lilin tu free..hahaha...slumber dek dia jer,budak tu sampai terkejut..hahaha..Memang kelakar la keluar dengan diorang berempat.Macam2 kerenah ada.:)



Thanks for reading :)

Monday, 19 March 2012

Interview.

Assalamualaikum w.b.t
--------------------------

Semalam dia ada text aku untuk bagi tahu yang dia ada interview besok.So,dia harap aku doakan dia berjaya dengan interview untuk besok.Aku pun harap dia berjaya sebab aku nak tengok dia happy.Lama jugak la kami berborak . . .kiranya hampir pukul 3 pagi baru kitorang berdua tertido.Seronok bila text dengan dia,walaupun dia selalu buli aku,tapi tu semua membuatkan aku rasa rapat lagi dengan dia.hehehe

Ya Allah,semoga dia lulus interview besok,supaya dia sentiasa gembira dan bahagia dengan apa yang dia nak dalam hidup dia :)Aku bahagia bila dia bahagia~

Thanks for reading :)

Wednesday, 29 February 2012

Tahun Lompat!



 Assalamualaikum w.b.t
---------------------------

4 tahun sekali baru la muncul angka 29 dalam kelendar bagi bulan Februari.Dan tahun nie merupakan tahun lompat.Actually,aku tak sangka yang tahun nie,rupa2nya...baru dia ada kesempatan untuk sambut birthday dia,sebabnya dia lahir pada tarikh 29 Februari 1992.Nama diberi dalam sijil surat beranak  Mohammad Faiz,yang mana merupakan sahabat kepada akak sepupu aku,Sis L.Diorang kenal semasa praktikal dekat JAIP.Budak nie belajar dalam bidang perundangan,so..kira hebat jugak la dia nie.Nak dijadikan cerita,Sis L bagitahu yang teruk jugak la dia kena main masa birthday dia,diorang siap plan baik punya.Hahaha..kelakar jugak la keadaan tu.Aku pulak just wish dekat facebook jer,sebab bukan kenal rapat sangat pun dengan dia nie.Cuma kadang2 jer IM dengan dia.Dia nie sengal2 ubi kayu ha,siap minta NKP kat aku masa IM,ala2 macam polis gitu.HAHAHA..macam2 la dia tu..kira okay la,sebab sekepala,geng sengal2 ubi kayu.-,-hewhewhew...

Motif aku tulis story pasal dia dalam blog aku sebab aku nak update blog jer,and tak tahu nak tulis apa-,-.HAHAHA

Thanks for reading :)

Sunday, 19 February 2012

Birthday boy.

Assalamualaikum w.b.t
------------------------------

Tepat pukul 12 aku dah ready dengan phone aku.Sebabnya,hari nie birthday epal merah!Tak sangka pulak yang aku orang pertama yang wish birthday dekat dia.Hope,betul la apa yang dia kata.Hehe . .  .Aku tak sangka pulak,dia akan jadi orang pertama dalam tahun nie yang aku wish birthday.:)Petang pulak,dia call aku,happy kot dapat call dari dia.Hehe . . .Lagi happy bila dia cakap aku orang pertama yang dia call time birthday dia.Tapi kalau dia kelentong aku pun,aku tak kisah...sebab tu hak dia,siapalah aku nie kan.Hohoho. . .Aku suka dengar suara dia,ala2 romantik gitu,hahaha . . .kalau dia tahu nie,mesti kembang semamgkuk dia ha.Haha..Paling tak tahan,dia punya permintaan masa birthday dia.Dia nak aku nyanyi lagu birthday..Aisy,malu giler kot . ..seumur hidup,seyes aku cakap,aku tak pernah nyanyi lagu birthday kat orang lelaki,termasuklah x-BF aku..unless my dad la..hehehe . . .Tapi,disebabkan dia nak sangat,so aku nyanyi la,tapi yang tak syoknye,dia boleh pulak gelakkan aku-,- grrr . . .dia cakap suara kartun suara aku nie.Adess .  .dia tu suka sangat ha buli aku,tapi tu la . . .walau macam mana pun,aku suka berkawan dengan dia.Hidup aku tak sunyi sangat dengan ada dia.hahahaha

To incik Zafaruddin,HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAR,
May allah always bless you and simplified everything in your daily life.:)


Thanks for reading :)